" Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan "

PROGRAM MELAHIRKAN USAHAWAN BUMIPUTERA
(TREK PANTAS) Di bawah Pembiayaan Majlis Amanah Rakyat(MARA)


Assalamualaikum….!
Adakah anda seorang yang sedang mencari pekerjaan atau sedang tercari-cari suatu sumber pendapatan untuk jaminan masa depan? Sudahkah anda mempunyai empayar perniagaan anda sendiri yang dapat menjamin kehidupan anda sekeluarga dengan usia anda sekarang?


Program Usahawan Bumiputera ini baru dilancarkan. Bermula di Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak) dan akan melangkah masuk ke setiap negeri dengan kuota tertentu. MARA sedang mencari usahawan untuk dibangunkan atau sesiapa saja berminat menjadi usahawan berjaya
.
Sasaran utama – Fresh graduate, penganggur, peniaga dan sesiapa yang ingin menjadi usahawan berjaya atau bekerja sendiri (keluarkan diri anda dari masalah kerja).


Matlamat : Membangunkan 1800 Usahawan Bumiputera Bidang Pemasaran.

Fasa Pertama : Proses Pembudayaan
Fasa Kedua : Groom Big ( 40 bidang pemasaran yang telah
dikenalpasti oleh MARA )

KELEBIHAN PROGRAM INI

1.Barangan berkualiti disediakan (lebih 140 jenis produk)
2.Sistem @ Modul Terbukti Keberkesanannya.
3.Pasaran yang luas
4.Modal disediakan, pembiayaan 100 % oleh pihak MARA,
Koperasi Ukhwah+Ambank.
5.Latihan dan Kursus Asas Keusahawanan Anjuran MARA
( 3H 2M )- PERCUMA
6) Pemantauan/ Bimbingan Berterusan diberikan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali SEHINGGA ANDA BERJAYA.
7.Perniagaan yang dapat diwarisi!

Sekarang,
Tepuk Dada, Tajamkan Minda, Kenali Diri Anda
.
Adakah anda telah memberikan diri anda peluang yang terbaik..?
Anda mampu mengubah kehidupan kewangan anda melalui program ini....!


PROGRAM ‘Trek Pantas’ MARA
“Usahawan Bantu Usahawan” ini adalah untuk membudayakan perniagaan dari ‘tidak biasa’ kepada ‘biasa’ berniaga.

Target MARA : Melahirkan seramai mungkin usahawan bumiputera yang berjaya dengan pantas setiap bulan yang bergelar CDM atau Cipta Diri Millionaire ( Self Made Millionaire). Sasaran MARA melahirkan sekurang-kurangnya 5 Usahawan Bumiputera berjaya dalam sebulan/60 usahawan setahun tanpa had untuk program ini. Jadilah salah seorang daripadanya.


Program usahawan ini mendapat kerjasama dengan Diamond Interest(DI), iaitu sebuah syarikat pengeluar atau pengilang yang mengeluarkan lebih 95% produk sendiri berasaskan Herba dan berbagai produk kesihatan yang dibekalkan untuk badan-badan kerajaan atau swasta seperti farmasi, klinik dan hospital di seluruh Malaysia dan pasaran Global.


Diamond Interest(DI) terpilih oleh MARA kerana disamping sebagai pengeluar atau pengilang, ia juga mempunyai trek rekod prestasi yang amat cemerlang hingga ke luar Negara. Ia juga mempelopori dalam bidang kosmetik, salon, kosmeseutikal, herba, baja pertanian, vitamin, ‘household series’, kesihatan dan banyak lagi barangan pemakanan yang kita perlukan setiap hari(lebih 144 jenis produk). Dalam bidang kosmetik pula, ia menjadi kilang kosmetik rujukan negara. Produk-produk keluarannya juga mempunyai banyak testimoni terbaik. Ada juga beberapa produk lain dipasaran yang dikilangkan disini seperti Sendayu Tinggi, Krim Al-Haj, 21st Century, Xurix, produk-produk Pharmaniaga dan banyak lagi.

Kursus PERCUMA anjuran MARA melibatkan 'mentor'/MARA akan diberi selama 3 hari. Memberi tunjuk ajar, bimbingan, Ilmu dan latihan bagaimana untuk menjalankan program ini.

Program ini merupakan ‘pioneer group’ dan dijangka dapat melahirkan ramai usahawan bumiputera yang berjaya dengan PANTAS/CEPAT. Jadilah yang terawal. Ini bukan main-main, program ini di bawah Khidmat Nasihat dan Pemantauan Timbalan Pengarah MARA Malaysia Bahagian Pembangunan dan Usahawan.

BERTINDAK SECARA RASIONAL, hadiri Taklimat Penuh Program ini, Dapatkan Segala Maklumat yang ada perlukan. Tanyakan Apa yang anda tidak fahami.

BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK....!


Kelayakan :

1.Bumiputera sahaja
2.Berumur antara 18 sehingga 60 tahun
3.Full time @ jika bekerja boleh dibincangkan tetapi wajib ‘hadiri’ kursus-kursus yang bakal dianjurkan.
4.Daftar perniagaan SSM
5.Gambar saiz paspot 4 keping
6.Penuhi syarat 1-5 dan hadiri kursus Latihan Asas Keusahawanan MARA(LAKM).


Jika ada diantara ‘syarat’ 4~6 diatas yang belum ada, boleh disediakan kemudian. Datang dengar taklimat dulu. Hubungi kami segera.


Ini “pioneer group”, ‘FIRST COME. FIRST SERVE”. Selepas kursus, anda diberi sijil kursus oleh MARA.

a. Kursus Pertama telah diadakan pada 20- 22 Jun 2008 di Swiss Inn, Sungai Petani.

b. Kursus Kedua pula diadakan pada 29 -31 Sept 2008 di Hotel Hydro Majestic, Pulau Pinang

c. Kursus Ketiga akan diadakan pada 29 Nov - 1 Dis 2008 di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak.

Kursus dan Latihan susulan dijadual akan diadakan pada setiap bulan, tempat terhad kepada 60 orang sahaja setiap sessi. Jadi cepat, rebutlah peluang ini awal-awal. Tarikh kursus akan diberitahu semasa taklimat. Hadiri TAKLIMAT PENUH dulu. Kami akan membantu anda sehingga berjaya, jadi, bantulah diri anda menjadi orang yang berjaya. Apa yang anda perlu buat sekarang ialah call kami untuk hadiri taklimat ini.


Program di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka,
InsyaAllah akan bermula pada bulan Januari 2009. Jika berminat, beri nama dan contact number sekarang. Bila ‘ROADSHOW’ kami ke sana, kami akan ‘contact’ anda.







Soalan-soalan Lazim ( FAQs)




1. Apalah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menyertai program ini?
J : Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan Hadiri Taklimat Penuh yang diadakan.

2. Apakah kelayakan atau kemahiran yang diperlukan untuk menyertai program ini?
J : Tidak perlu sebarang sijil kemahiran atau pengalaman berniaga. Program ini TERBUKA kepada semua BUMIPUTERA berumur antara 18 hingga 60 tahun.

3.Adakah program ini hanya ditumpukan pada negeri-negeri tertentu sahaja?
J : TIDAK,program ini melibatkan peserta dari semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

4. Adakah seseorang itu layak mengikuti program ini jika dalam keadaan " black listed" pada institusi kewangan yang lain?
J : LAYAK

5. Apakah yang bakal diperolehi oleh peserta program ini ?
Jawapan:

a. Membudayakan diri dalam Keusahawanan

b. Mendapat Latihan dan Bimbingan sehingga
berjaya.
c. Pendapatan pertama
RM 1017 dan tiada had
maksima untuk pendapatan tertinggi.
- Dijangkakan pendapatan RM 20 K menjelang
bulan ke 9
( jika peserta dapat mengikuti pelan
pemasaran yang disediakan )
d. Perniagaan yang dapat diwariskan
e. Peluang untuk Fasa Kedua " groom big "

6. Berapakah kuota bagi setiap negeri?
J : 60 orang ( First come,first serve )



Rebutlah Peluang ini semasa masih ADA KESEMPATAN!

MASA tidak menunggu sesiapa pun..!

Detik waktu...

PENYERTAAN UNTUK BATCH KE 5 DIBUKA SEKARANG ( Khas Untuk Pinjaman Dari Ambank+Koop Ukhwah)
No posts.
No posts.